Assalamualaikum & Salam Harmoni semua,
Pada 26 Mei 2011, aktiviti pemarkahan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 bagi Bulan Mei 2011 telah dilangsungkan. Sesi dimulakan dengan taklimat kepada para Juri dan kira - kira jam 9.20 pagi. Sesi permarkahan dimulakan daripada Bahagian Perhubungan Awam di Annex 2 dan 4 dan berakhir dengan Bahagian Kewangan Aras B1.
Sesi pemarkahan telah berjalan dengan lancar. Kali ini, pihak Urusetia mendapati banyak perubahan positif daripada kebanyakan aras-aras yang dipertandingkan. Persekitaran ruang kerja semakin kemas dan sambutan mesra oleh ahli aras adalah amat tidak disangka-sangka.
Selepas sesi pemarkahan berakhir, pihak juri dan urusetia berkumpul semula di aras A5 untuk sesi pengiraan markah bagi menentukan pemenang Kategori Individu dan Berpasukan. Berikut adalah beberapa imbasan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung.
Tu diaaaa... Juri terpilih kali ini iaitu En. Harisfazila bin Ahmad dari Jabatan Pembangunan Bandar dan Pn. Zuraidah Yahya dari Jabatan Perancangan Bandar. Bukan main tekun lagi Juri-juri kita ni semasa taklimat tersebut diadakan oleh Ketua Urusetia.
Ini adalah sebahagian daripada pihak Urusetia yang sangat komited dengan aktiviti ini.
Ceria sungguh kakak-kakak ni!
Sesi pemarkahan di Aras 4, Bangunan Annex, Bahagian Perhubungan Awam.
Juri di Aras 8, Bahagian Pentadbiran.
Sekian sahaja laporan sesi pemarkahan pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi.
Daripada,
Urusetia Pertandingan Korporat Harmoni 2011