Tuesday, 26 July 2011

Aktiviti Pertandingan Korporat Harmoni - Bulan Julai 2011


Pertandingan Korporat Harmoni bagi Bulan Julai 2011 telah melabuhkan tirainya. Sesi pemarkahan bagi pertandingan ini telah berlangsung pada 26 Julai 2011. Buat pertama kalinya kita telah berjaya menggandingkan 3 juri bagi sesi pemarkahan bulan ini. Pertandingan kali ini telah di adili oleh:-
  1. En. Jeffri Mustafa
  2. En. Mohd Fahmi Ali
  3. Pn. Rahmah Husin

Inilah juri yang telah dijemput khas kali ini. Pn.Rahmah diapit oleh 2 jejaka macho dan masih available kot...

Sesi penjurian kali ini di mulakan dengan Aras B1 (Bahagian Kewangan) dan berakhir di Bangunan Annex (Bahagian Perhubungan Awam). Sambutan pada setiap bahagian dan aras amat menggalakkan walaupun ramai kakitangan yang terlibat dengan program luar dan kursus. Kali ini banyak penyertaan baru bagi kategori individu sehingga membuatkan pihak juri rambang mata untuk memilih pemenang kategori individu bagi pertandingan kali ini.

Pihak Urusetia ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak bagi menjayakan pertandingan ini. Semoga jasa baik semua pihak mendapat keberkatan Allah SWT.

Wassalam.

Friday, 1 July 2011

Kuiz Bagi Bulan Julai 2011

Sila jawab SEMUA soalan di bawah :


Soalan 1: 
Satu aktiviti makan malam Jabatan Perkhidmatan Korporat (Corporate Nite) telah diadakan dengan meriahnya pada tahun lalu. Di manakah aktiviti tersebut diadakan?

Soalan 2 : 
Yang mana satukah di antara yang berikut merupakan tarikh aktiviti tersebut diadakan :

A. 28 Jun 2010
B. 21 Mei 2010
C. 6 April 2010

Soalan ini sah sehingga tamat bulan Julai SAHAJA.

Syarat-syarat penyertaan :

1) Kuiz ini terbuka untuk Warga Korporat Perbadanan Putrajaya sahaja..
2) Jawapan tepat yang terpantas diterima di dalam ruangan komen blog ini akan dikira sebagai pemenang..
3) Jawapan hendaklah disertakan dengan email rasmi peserta (contoh : xxxxx@ppj.gov.my).
4) Keputusan pemenang yang diumumkan adalah muktamad.

Pemenang Kuiz Blog Korporat Harmoni 2011 - Bulan Jun

Tahniah diucapkan kepada Pn. Hazimah kerana telah menjawab soalan kuiz Bulan Jun dengan betul.

Suka 'posing' kakak ni... :-)

Keputusan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 - Bulan Jun

Salam Warga Korporat,

Berikut adalah keputusan pemarkahan bagi pertandingan di tersebut bagi Bulan Jun 2011. 

Kategori Individu

Cik Nur'Ain Sazali - Aras A3 : Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT



Kategori Berpasukan 

Tempat Pertama : Aras B1 : Bahagian Kewangan ---> Pecah rekod..
Tempat Kedua : Aras Annexe 2 & 4 : Bahagian Perhubungan Awam (Beza markah dengan tempat pertama : 3 mata)
Tempat Ketiga : Aras A8 : Bahagian Pentadbiran (Beza markah dengan tempat kedua : 3 mata)

Sehubungan itu, pengumuman dan sesi penyampaian hadiah telah diadakan semasa Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat pada 28 Jun 2011 di A5. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk P(K) kepada wakil Aras.


Tahniah diucapkan.. :)

Aktiviti Pemarkahan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 - Bulan Jun

Sesi Pemarkahan bagi Bulan ini telah diadakan pada 22 Jun 2011. Juri Jemputan kita pada kali ini ialah :

1. En. Nik Khusairie Jaafar dari Jabatan Perancangan Bandar dan
2. Puan Sobihah Kassim dari Jabatan Audit Dalam


Terima kasih Pn. Syuhadah di atas penyampaian hadiah kepada Juri kita

Sesi dimulakan dari Bahagian Perhubungan Awam di Blok Annex dan diakhiri dengan Aras B1, Bahagian Kewangan. Walaupun ramai yang terlibat dengan Program ICT Day yang kebetulan diadakan pada hari yang sama, sesi tersebut masih juga berjalan dengan lancar.

Pihak Urusetia mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua dan semoga kita diberkati Allah.

Wassalam.