Sukacita dimaklumkan bahawa pihak urusetia menawarkan *9 hadiah yang eksklusif untuk rebutan warga korporat.Untuk memenangi hadiah tersebut, anda hanya perlu menjawab soalan kuiz yang dipaparkan di dalam blog ini dari semasa ke semasa. Pemenang akan dipilih berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:
1) Kuiz ini terbuka untuk Warga Korporat Perbadanan Putrajaya sahaja..
2) Jawapan tepat yang terpantas diterima di dalam ruangan komen blog ini akan dikira sebagai pemenang..
3) Jawapan hendaklah disertakan dengan email rasmi peserta (contoh : xxxxx@ppj.gov.my).
4) Keputusan pemenang yang diumumkan adalah muktamad.
*9 hadiah yang bakal diberikan terhad kepada 1 hadiah pada setiap bulan bermula April sehingga Disember 2011.
No comments:
Post a Comment