Thursday, 26 May 2011

Jasamu Dikenang ...

Adalah dimaklumkan bahawa Cik Shamsiah Sharudin dari Jabatan Pengurusan Sumber Manusia akan menamatkan perkhidamatan beliau di Perbadanan Putrajaya bermula hari esok, 27 Mei 2011. Semua warga Korporat mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Semoga segala sumbangan dan kebaikan yang telah dicurahkan kepada J(K) khususnya akan mendapat keberkatan daripada Allah. Jangan lupakan kami di sini, semoga berbahagia dan sihat-sihat selalu!


Tuesday, 24 May 2011

Aturcara Sesi Pemarkahan - Bulan Mei 2011 (Second Round)

Salam Sejahtera,

Berikut adalah aturcara bagi Sesi Pemarkahan bagi bulan Mei 2011 :

9.00 pagi
:
Ketibaan Juri 

:
Taklimat ringkas Pertandingan Korporat Harmoni 2011



9.30 pagi
:
Sesi Pemarkahan / Penjurian

:
Aras 2 & 4 Bangunan Annexe – Bahagian Perhubungan Awam

:
Aras A8 - Bahagian Pentadbiran

:
Aras A6 & A7 - Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT

:
Aras A4 - Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT

:
Aras B3 - Bahagian Perancangan Strategik

:
Aras A3 - Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT

:
Aras B2 - Bahagian Kewangan

:
Aras A2 - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

:
Aras B1 - Bahagian Kewangan



11.15 pagi
:
Sesi pengiraan markah bagi pemenang Kategori Berpasukan

:
Sesi pemilihan bagi pemenang Kategori Individu



11.45 pagi
:
Penyampaian Cenderahati kepada Juri



12.00 tengahari
:
Bersurai


Semoga Berjaya!

Pemenang Kuiz Blog Korporat Harmoni 2011 - (Bulan Mei)

Tahniah diucapkan kepada  Encik Ahmad Fazila kerana menjawab soalan kuiz bulan Mei dengan tepat.



Tuesday, 10 May 2011

Sesi Penyampaian Hadiah Bagi Pemenang Bulan April 2011

Assalammualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia,

Pada 10 Mei 2011 telah diadakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti Pertandingan Korporat Harmoni 2011. Sesi telah dihadiri oleh Urusetia dan beberapa ahli Aras B2.

 Tahniah Tn. Hj. Rogaizat dan ahli Aras B2. Nanti piala tu nak pusing lagi untuk Bulan Mei pulak...

Senyum sokmo En. Mokti nihh...

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada para pemenang. Kepada yang lain, ada 8 bulan lagi untuk mencuba nasib. Yang penting, semoga pertandingan ini dapat merapatkan ukhwah sesama kita di dalam persekitaran kerja yang harmoni... :-)

Friday, 6 May 2011

Keputusan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 - Bulan April 2011

Berikut adalah keputusan Pertandingan bagi bulan April 2011;

Kategori Berpasukan

Tempat Pertama: Bahagian Kewangan Aras B2
Tempat Kedua: Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT Aras A4
Tempat Ketiga: Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT Aras A3

Kategori Individu:



Pemenang : Encik Mokti bin Saidin - Aras A4

Tahniah diucapkan...!!

Aktiviti Pemarkahan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 - Bulan April

Assamualaikum / Salam Sejahtera semua warga Kelab Korporat,

Pada 26 April lepas, telah berlangsung aktiviti pemarkahan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 bagi Bulan April 2011. Sesi dimulakan dengan taklimat kepada para Juri. Kira - kira jam 9.20 pagi sesi permarkahan bermula dengan Bahagian Kewangan Aras B1 dan berakhir Bahagian Perhubungan Awam di Annex 2 dan 4.

Sesi pemarkahan berjalan dengan lancar. Kami disambut dengan pelbagai gaya oleh aras-aras yang berlainan. Selepas sesi pemarkahan pihak juri dan urusetia berkumpul semula di aras A5 dalam menentukan pemenang Kategori Individu dan Berpasukan..Berikut beberapa imbasan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung.

Wow, langkah kanan la.. pihak Juri dan Urusetia sempat dijamu selera dengan pelbagai cokelat dan manisan di Aras B1




Sesi pemilihan bagi Kategori Individu.

Pengiraan markah oleh pihak Juri

Inilah Juri bagi Bulan ini iaitu En. Ariff Hj. Yunus dan Pn. Suhati Karim. Cenderahati dan surat penghargaan telah disampaikan oleh Pn. Norliana Akida, Penolong Setiausaha Kelab Korporat selepas sesi pemarkahan tersebut dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada semua.


Kuiz bagi bulan Mei 2011.....

Soalan Kedua : 

Berapakah sumbangan yang diberi kepada ahli yang pertama kali melangsungkan perkahwinan?

Soalan ini sah sehingga tamat bulan Mei SAHAJA.