Friday, 6 May 2011

Aktiviti Pemarkahan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 - Bulan April

Assamualaikum / Salam Sejahtera semua warga Kelab Korporat,

Pada 26 April lepas, telah berlangsung aktiviti pemarkahan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 bagi Bulan April 2011. Sesi dimulakan dengan taklimat kepada para Juri. Kira - kira jam 9.20 pagi sesi permarkahan bermula dengan Bahagian Kewangan Aras B1 dan berakhir Bahagian Perhubungan Awam di Annex 2 dan 4.

Sesi pemarkahan berjalan dengan lancar. Kami disambut dengan pelbagai gaya oleh aras-aras yang berlainan. Selepas sesi pemarkahan pihak juri dan urusetia berkumpul semula di aras A5 dalam menentukan pemenang Kategori Individu dan Berpasukan..Berikut beberapa imbasan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung.

Wow, langkah kanan la.. pihak Juri dan Urusetia sempat dijamu selera dengan pelbagai cokelat dan manisan di Aras B1




Sesi pemilihan bagi Kategori Individu.

Pengiraan markah oleh pihak Juri

Inilah Juri bagi Bulan ini iaitu En. Ariff Hj. Yunus dan Pn. Suhati Karim. Cenderahati dan surat penghargaan telah disampaikan oleh Pn. Norliana Akida, Penolong Setiausaha Kelab Korporat selepas sesi pemarkahan tersebut dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada semua.


No comments:

Post a Comment