Friday, 19 August 2011

Thursday, 18 August 2011

Pengumuman Khas Pertandingan Korporat Harmoni 2011

Sila ambil maklum seperti berikut :

1. Bagi menghormati Bulan Ramadan al-Mubarak, sesi penjurian bagi Bulan Ogos telah ditangguhkan kepada minggu ketiga Bulan September 2011. Bulan ini juga merupakan bulan pemarkahan terakhir bagi Pertandingan Korporat Harmoni 2011.

2. Pada sesi penjurian yang akan datang ini, terdapat sedikit perubahan kepada format pemarkahan. Pemenang Kategori Individu akan menyumbang sebanyak 5 mata secara automatik kepada aras yang diduduki berbanding 10 mata sebelum ini.

3. Ini kerana, sebahagian 5 mata lagi yang diperuntukkan kepada Kategori Individu tersebut akan diperuntukkan bagi aras-aras yang mempunyai hiasan yang bertemakan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri  yang bakal berlangsung pada Bulan Ogos ini.

4. Pemenang Keseluruhan bagi Kategori Individu telah dimansuhkan manakala pemenang bagi Kategori Berpasukan bagi pertandingan ini dijadualkan akan diumumkan pada hujung Bulan September 2011.

5. Sehubungan itu, berikut adalah maklumat perbandingan markah bagi jumlah mata terkumpul oleh setiap aras yang bermula dari Bulan April 2011 sehingga Bulan Julai 2011 (Masih sempat lagi nak menang...)



Sekian, harap maklum dan Selamat Maju Jaya!

Sesi Penyampaian Hadiah - Pemenang Bulan Julai 2011

Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang Bulan Julai 2011 telah diadakan baru-baru ini. Sesi tersebut dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada Pemenang Kategori Individu iaitu Cik Hjh. Hezlinda Abdul Rahman dan disusuli dengan Pemenang Kategori Berpasukan iaitu Bahagian Kewangan Aras 1 yang telah disampaikan kepada wakil Aras iaitu Cik Zarinah.

Pemenang Kategori Individu : Hjh. Hezlinda

Pemenang Kategori  Berpasukan : Aras B1 - Bahagian Kewangan

Tahniah diucapkan kepada semua. Semoga kita semua dirahmati Allah!

:)

Wednesday, 10 August 2011

Keputusan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 - Bulan Julai 2011

Salam Warga Korporat,

Berikut adalah keputusan pemarkahan bagi pertandingan ini bagi Bulan Julai 2011. 

Kategori Individu

Hjh. Hezlinda bt Abd. Rahman - Aras A4 : Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT

Wow.. Ini merupakan kali kedua Pemenang Kategori Individu dari Aras A4. Tahniah diucapkan!

Kategori Berpasukan 

Tempat Pertama : Aras B1 : Bahagian Kewangan (Mana aras lain nihhh.??)
Tempat Kedua : Aras A4 : Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT (Beza markah dengan tempat pertama -> 2 mata)
Tempat Ketiga : Aras A2 : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Beza markah dengan tempat kedua -> 2 mata)
Tahniah diucapkan kepada semua..!!!

Kuiz Bagi Bulan Ogos 2011

Soalan :

Berikan 2 nama penuh mana-mana ahli Urusetia Pertandingan Korporat Harmoni 2011.

 
Soalan ini sah sehingga tamat bulan Ogos SAHAJA.

Syarat-syarat penyertaan :

1) Kuiz ini terbuka untuk Warga Korporat Perbadanan Putrajaya sahaja..
2) Jawapan tepat yang terpantas diterima di dalam ruangan komen blog ini akan dikira sebagai pemenang.
3) Jawapan hendaklah disertakan dengan email rasmi peserta (contoh : xxxxx@ppj.gov.my).
4) Keputusan pemenang yang diumumkan adalah muktamad.

Tuesday, 2 August 2011