Sila ambil maklum seperti berikut :
1. Bagi menghormati Bulan Ramadan al-Mubarak, sesi penjurian bagi Bulan Ogos telah ditangguhkan kepada minggu ketiga Bulan September 2011. Bulan ini juga merupakan bulan pemarkahan terakhir bagi Pertandingan Korporat Harmoni 2011.
2. Pada sesi penjurian yang akan datang ini, terdapat sedikit perubahan kepada format pemarkahan. Pemenang Kategori Individu akan menyumbang sebanyak 5 mata secara automatik kepada aras yang diduduki berbanding 10 mata sebelum ini.
3. Ini kerana, sebahagian 5 mata lagi yang diperuntukkan kepada Kategori Individu tersebut akan diperuntukkan bagi aras-aras yang mempunyai hiasan yang bertemakan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal berlangsung pada Bulan Ogos ini.
4. Pemenang Keseluruhan bagi Kategori Individu telah dimansuhkan manakala pemenang bagi Kategori Berpasukan bagi pertandingan ini dijadualkan akan diumumkan pada hujung Bulan September 2011.
5. Sehubungan itu, berikut adalah maklumat perbandingan markah bagi jumlah mata terkumpul oleh setiap aras yang bermula dari Bulan April 2011 sehingga Bulan Julai 2011 (Masih sempat lagi nak menang...)
Sekian, harap maklum dan Selamat Maju Jaya!

No comments:
Post a Comment