Tahniah diucapkan kepada Pn. Nor Anis kerana telah menjawab soalan kuiz Bulan Ogos dengan betul.
Friday, 19 August 2011
Thursday, 18 August 2011
Pengumuman Khas Pertandingan Korporat Harmoni 2011
Sila ambil maklum seperti berikut :
1. Bagi menghormati Bulan Ramadan al-Mubarak, sesi penjurian bagi Bulan Ogos telah ditangguhkan kepada minggu ketiga Bulan September 2011. Bulan ini juga merupakan bulan pemarkahan terakhir bagi Pertandingan Korporat Harmoni 2011.
2. Pada sesi penjurian yang akan datang ini, terdapat sedikit perubahan kepada format pemarkahan. Pemenang Kategori Individu akan menyumbang sebanyak 5 mata secara automatik kepada aras yang diduduki berbanding 10 mata sebelum ini.
3. Ini kerana, sebahagian 5 mata lagi yang diperuntukkan kepada Kategori Individu tersebut akan diperuntukkan bagi aras-aras yang mempunyai hiasan yang bertemakan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal berlangsung pada Bulan Ogos ini.
4. Pemenang Keseluruhan bagi Kategori Individu telah dimansuhkan manakala pemenang bagi Kategori Berpasukan bagi pertandingan ini dijadualkan akan diumumkan pada hujung Bulan September 2011.
5. Sehubungan itu, berikut adalah maklumat perbandingan markah bagi jumlah mata terkumpul oleh setiap aras yang bermula dari Bulan April 2011 sehingga Bulan Julai 2011 (Masih sempat lagi nak menang...)
Sekian, harap maklum dan Selamat Maju Jaya!
Sesi Penyampaian Hadiah - Pemenang Bulan Julai 2011
Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang Bulan Julai 2011 telah diadakan baru-baru ini. Sesi tersebut dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada Pemenang Kategori Individu iaitu Cik Hjh. Hezlinda Abdul Rahman dan disusuli dengan Pemenang Kategori Berpasukan iaitu Bahagian Kewangan Aras 1 yang telah disampaikan kepada wakil Aras iaitu Cik Zarinah.
Pemenang Kategori Individu : Hjh. Hezlinda
Pemenang Kategori Berpasukan : Aras B1 - Bahagian Kewangan
Tahniah diucapkan kepada semua. Semoga kita semua dirahmati Allah!
:)
Wednesday, 10 August 2011
Keputusan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 - Bulan Julai 2011
Salam Warga Korporat,
Berikut adalah keputusan pemarkahan bagi pertandingan ini bagi Bulan Julai 2011.
Kategori Individu
Hjh. Hezlinda bt Abd. Rahman - Aras A4 : Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT
Wow.. Ini merupakan kali kedua Pemenang Kategori Individu dari Aras A4. Tahniah diucapkan!
Kategori Berpasukan
Tempat Pertama : Aras B1 : Bahagian Kewangan (Mana aras lain nihhh.??)
Tempat Kedua : Aras A4 : Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT (Beza markah dengan tempat pertama -> 2 mata)
Tempat Ketiga : Aras A2 : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Beza markah dengan tempat kedua -> 2 mata)
Tahniah diucapkan kepada semua..!!!
Kuiz Bagi Bulan Ogos 2011
Soalan :
Berikan 2 nama penuh mana-mana ahli Urusetia Pertandingan Korporat Harmoni 2011.
Berikan 2 nama penuh mana-mana ahli Urusetia Pertandingan Korporat Harmoni 2011.
Soalan ini sah sehingga tamat bulan Ogos SAHAJA.
Syarat-syarat penyertaan :
1) Kuiz ini terbuka untuk Warga Korporat Perbadanan Putrajaya sahaja..
2) Jawapan tepat yang terpantas diterima di dalam ruangan komen blog ini akan dikira sebagai pemenang.
3) Jawapan hendaklah disertakan dengan email rasmi peserta (contoh : xxxxx@ppj.gov.my).
4) Keputusan pemenang yang diumumkan adalah muktamad.
Tuesday, 2 August 2011
Tuesday, 26 July 2011
Aktiviti Pertandingan Korporat Harmoni - Bulan Julai 2011
Pertandingan Korporat Harmoni bagi Bulan Julai 2011 telah melabuhkan tirainya. Sesi pemarkahan bagi pertandingan ini telah berlangsung pada 26 Julai 2011. Buat pertama kalinya kita telah berjaya menggandingkan 3 juri bagi sesi pemarkahan bulan ini. Pertandingan kali ini telah di adili oleh:-
- En. Jeffri Mustafa
- En. Mohd Fahmi Ali
- Pn. Rahmah Husin
Inilah juri yang telah dijemput khas kali ini. Pn.Rahmah diapit oleh 2 jejaka macho dan masih available kot...
Sesi penjurian kali ini di mulakan dengan Aras B1 (Bahagian Kewangan) dan berakhir di Bangunan Annex (Bahagian Perhubungan Awam). Sambutan pada setiap bahagian dan aras amat menggalakkan walaupun ramai kakitangan yang terlibat dengan program luar dan kursus. Kali ini banyak penyertaan baru bagi kategori individu sehingga membuatkan pihak juri rambang mata untuk memilih pemenang kategori individu bagi pertandingan kali ini.
Pihak Urusetia ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak bagi menjayakan pertandingan ini. Semoga jasa baik semua pihak mendapat keberkatan Allah SWT.
Wassalam.
Friday, 1 July 2011
Kuiz Bagi Bulan Julai 2011
Sila jawab SEMUA soalan di bawah :
Soalan 1:
Satu aktiviti makan malam Jabatan Perkhidmatan Korporat (Corporate Nite) telah diadakan dengan meriahnya pada tahun lalu. Di manakah aktiviti tersebut diadakan?
Soalan 2 :
Yang mana satukah di antara yang berikut merupakan tarikh aktiviti tersebut diadakan :
A. 28 Jun 2010
B. 21 Mei 2010
C. 6 April 2010
Soalan ini sah sehingga tamat bulan Julai SAHAJA.
Syarat-syarat penyertaan :
1) Kuiz ini terbuka untuk Warga Korporat Perbadanan Putrajaya sahaja..
2) Jawapan tepat yang terpantas diterima di dalam ruangan komen blog ini akan dikira sebagai pemenang..
3) Jawapan hendaklah disertakan dengan email rasmi peserta (contoh : xxxxx@ppj.gov.my).
4) Keputusan pemenang yang diumumkan adalah muktamad.
Pemenang Kuiz Blog Korporat Harmoni 2011 - Bulan Jun
Tahniah diucapkan kepada Pn. Hazimah kerana telah menjawab soalan kuiz Bulan Jun dengan betul.
Suka 'posing' kakak ni... :-)
Keputusan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 - Bulan Jun
Salam Warga Korporat,
Berikut adalah keputusan pemarkahan bagi pertandingan di tersebut bagi Bulan Jun 2011.
Kategori Individu
Cik Nur'Ain Sazali - Aras A3 : Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT
Kategori Berpasukan
Tempat Pertama : Aras B1 : Bahagian Kewangan ---> Pecah rekod..
Tempat Kedua : Aras Annexe 2 & 4 : Bahagian Perhubungan Awam (Beza markah dengan tempat pertama : 3 mata)
Tempat Ketiga : Aras A8 : Bahagian Pentadbiran (Beza markah dengan tempat kedua : 3 mata)
Sehubungan itu, pengumuman dan sesi penyampaian hadiah telah diadakan semasa Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat pada 28 Jun 2011 di A5. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk P(K) kepada wakil Aras.
Tahniah diucapkan.. :)
Aktiviti Pemarkahan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 - Bulan Jun
Sesi Pemarkahan bagi Bulan ini telah diadakan pada 22 Jun 2011. Juri Jemputan kita pada kali ini ialah :
1. En. Nik Khusairie Jaafar dari Jabatan Perancangan Bandar dan
2. Puan Sobihah Kassim dari Jabatan Audit Dalam
Terima kasih Pn. Syuhadah di atas penyampaian hadiah kepada Juri kita
Sesi dimulakan dari Bahagian Perhubungan Awam di Blok Annex dan diakhiri dengan Aras B1, Bahagian Kewangan. Walaupun ramai yang terlibat dengan Program ICT Day yang kebetulan diadakan pada hari yang sama, sesi tersebut masih juga berjalan dengan lancar.
Pihak Urusetia mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua dan semoga kita diberkati Allah.
Wassalam.
Tuesday, 28 June 2011
Sesi Penyampaian Hadiah - Pemenang Bulan Mei 2011
Satu sesi penyampaian hadiah kepada Pemenang Bulan Mei telah diadakan pada 17 Jun 2011. Sesi tersebut telah diadakan di Aras B2 iaitu Bahagian Kewangan.
Pihak Urusetia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang. Kepada yang lain, jangan kecewa, cuba lagi pada masa akan datang.
:-) senyum itu sedekah. Oleh itu, ceria-ceria lah selalu, sekurang-kurangnya ia menggembirakan orang lain yang memandangnya....
Pihak Urusetia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang. Kepada yang lain, jangan kecewa, cuba lagi pada masa akan datang.
:-) senyum itu sedekah. Oleh itu, ceria-ceria lah selalu, sekurang-kurangnya ia menggembirakan orang lain yang memandangnya....
Monday, 6 June 2011
Kuiz Bagi Bulan Jun 2011
Satu Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil anjuran Kelab Korporat telah diadakan pada 15 April 2011 bersamaan dengan 11 Jamadilawal 1432.
Soalannya :
Berikan nama salah seorang daripada penerima sumbangan daripada Bahagian Pengurusan Infrastuktur ICT semasa majlis tersebut dijalankan.
Soalan ini sah sehingga tamat Bulan Jun sahaja.
Keputusan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 - Bulan Mei 2011
Berikut adalah keputusan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 bagi Bulan Mei :
Kategori Berpasukan :
Tempat Pertama :
Aras B2 - Bahagian Kewangan
Tempat Kedua :
Aras B1 - Bahagian Kewangan (Beza 5 mata dari Aras B2)
Tempat Ketiga : SERI (Beza 7 mata dari Aras B1)
Aras B3 - Bahagian Pengurusan Strategik & Aras A8 - Bahagian Pentadbiran
Kategori Individu :
En. Saiful Deen Mohd Nawi (Aras B2 - Bahagian Kewangan)
Siap ada aroma terapi lagi tuhhh...
Tahniah diucapkan!!
Aktiviti Pemarkahan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 - Bulan Mei
Assalamualaikum & Salam Harmoni semua,
Pada 26 Mei 2011, aktiviti pemarkahan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 bagi Bulan Mei 2011 telah dilangsungkan. Sesi dimulakan dengan taklimat kepada para Juri dan kira - kira jam 9.20 pagi. Sesi permarkahan dimulakan daripada Bahagian Perhubungan Awam di Annex 2 dan 4 dan berakhir dengan Bahagian Kewangan Aras B1.
Sesi pemarkahan telah berjalan dengan lancar. Kali ini, pihak Urusetia mendapati banyak perubahan positif daripada kebanyakan aras-aras yang dipertandingkan. Persekitaran ruang kerja semakin kemas dan sambutan mesra oleh ahli aras adalah amat tidak disangka-sangka.
Selepas sesi pemarkahan berakhir, pihak juri dan urusetia berkumpul semula di aras A5 untuk sesi pengiraan markah bagi menentukan pemenang Kategori Individu dan Berpasukan. Berikut adalah beberapa imbasan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung.
Tu diaaaa... Juri terpilih kali ini iaitu En. Harisfazila bin Ahmad dari Jabatan Pembangunan Bandar dan Pn. Zuraidah Yahya dari Jabatan Perancangan Bandar. Bukan main tekun lagi Juri-juri kita ni semasa taklimat tersebut diadakan oleh Ketua Urusetia.
Ini adalah sebahagian daripada pihak Urusetia yang sangat komited dengan aktiviti ini.
Ceria sungguh kakak-kakak ni!
Sesi pemarkahan di Aras 4, Bangunan Annex, Bahagian Perhubungan Awam.
Juri di Aras 8, Bahagian Pentadbiran.
Sekian sahaja laporan sesi pemarkahan pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi.
Daripada,
Urusetia Pertandingan Korporat Harmoni 2011
Thursday, 26 May 2011
Jasamu Dikenang ...
Adalah dimaklumkan bahawa Cik Shamsiah Sharudin dari Jabatan Pengurusan Sumber Manusia akan menamatkan perkhidamatan beliau di Perbadanan Putrajaya bermula hari esok, 27 Mei 2011. Semua warga Korporat mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Semoga segala sumbangan dan kebaikan yang telah dicurahkan kepada J(K) khususnya akan mendapat keberkatan daripada Allah. Jangan lupakan kami di sini, semoga berbahagia dan sihat-sihat selalu!
Tuesday, 24 May 2011
Aturcara Sesi Pemarkahan - Bulan Mei 2011 (Second Round)
Salam Sejahtera,
Berikut adalah aturcara bagi Sesi Pemarkahan bagi bulan Mei 2011 :
9.00 pagi | : | Ketibaan Juri |
: | Taklimat ringkas Pertandingan Korporat Harmoni 2011 | |
9.30 pagi | : | Sesi Pemarkahan / Penjurian |
: | Aras 2 & 4 Bangunan Annexe – Bahagian Perhubungan Awam | |
: | Aras A8 - Bahagian Pentadbiran | |
: | Aras A6 & A7 - Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT | |
: | Aras A4 - Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT | |
: | Aras B3 - Bahagian Perancangan Strategik | |
: | Aras A3 - Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT | |
: | Aras B2 - Bahagian Kewangan | |
: | Aras A2 - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia | |
: | Aras B1 - Bahagian Kewangan | |
11.15 pagi | : | Sesi pengiraan markah bagi pemenang Kategori Berpasukan |
: | Sesi pemilihan bagi pemenang Kategori Individu | |
11.45 pagi | : | Penyampaian Cenderahati kepada Juri |
12.00 tengahari | : | Bersurai |
Semoga Berjaya!
Tuesday, 10 May 2011
Sesi Penyampaian Hadiah Bagi Pemenang Bulan April 2011
Assalammualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia,
Pada 10 Mei 2011 telah diadakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti Pertandingan Korporat Harmoni 2011. Sesi telah dihadiri oleh Urusetia dan beberapa ahli Aras B2.
Pada 10 Mei 2011 telah diadakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti Pertandingan Korporat Harmoni 2011. Sesi telah dihadiri oleh Urusetia dan beberapa ahli Aras B2.
Tahniah Tn. Hj. Rogaizat dan ahli Aras B2. Nanti piala tu nak pusing lagi untuk Bulan Mei pulak...
Senyum sokmo En. Mokti nihh...
Sekali lagi tahniah diucapkan kepada para pemenang. Kepada yang lain, ada 8 bulan lagi untuk mencuba nasib. Yang penting, semoga pertandingan ini dapat merapatkan ukhwah sesama kita di dalam persekitaran kerja yang harmoni... :-)
Friday, 6 May 2011
Keputusan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 - Bulan April 2011
Berikut adalah keputusan Pertandingan bagi bulan April 2011;
Kategori Berpasukan
Tempat Pertama: Bahagian Kewangan Aras B2
Tempat Kedua: Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT Aras A4
Tempat Ketiga: Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT Aras A3
Kategori Individu:
Pemenang : Encik Mokti bin Saidin - Aras A4
Tahniah diucapkan...!!
Kategori Berpasukan
Tempat Pertama: Bahagian Kewangan Aras B2
Tempat Kedua: Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT Aras A4
Tempat Ketiga: Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT Aras A3
Kategori Individu:
Pemenang : Encik Mokti bin Saidin - Aras A4
Tahniah diucapkan...!!
Aktiviti Pemarkahan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 - Bulan April
Assamualaikum / Salam Sejahtera semua warga Kelab Korporat,
Pada 26 April lepas, telah berlangsung aktiviti pemarkahan Pertandingan Korporat Harmoni 2011 bagi Bulan April 2011. Sesi dimulakan dengan taklimat kepada para Juri. Kira - kira jam 9.20 pagi sesi permarkahan bermula dengan Bahagian Kewangan Aras B1 dan berakhir Bahagian Perhubungan Awam di Annex 2 dan 4.
Sesi pemarkahan berjalan dengan lancar. Kami disambut dengan pelbagai gaya oleh aras-aras yang berlainan. Selepas sesi pemarkahan pihak juri dan urusetia berkumpul semula di aras A5 dalam menentukan pemenang Kategori Individu dan Berpasukan..Berikut beberapa imbasan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung.
Wow, langkah kanan la.. pihak Juri dan Urusetia sempat dijamu selera dengan pelbagai cokelat dan manisan di Aras B1
Sesi pemilihan bagi Kategori Individu.
Pengiraan markah oleh pihak Juri
Inilah Juri bagi Bulan ini iaitu En. Ariff Hj. Yunus dan Pn. Suhati Karim. Cenderahati dan surat penghargaan telah disampaikan oleh Pn. Norliana Akida, Penolong Setiausaha Kelab Korporat selepas sesi pemarkahan tersebut dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada semua.
Kuiz bagi bulan Mei 2011.....
Friday, 22 April 2011
Monday, 18 April 2011
Aturcara Sesi Pemarkahan - Minggu Terakhir Bulan April 2011
Assalammualaikum w.b.t
Berikut adalah aturcara bagi sesi pemarkahan bagi Pertandingan Korporat Harmoni 2011 :
9.00 pagi | : | Ketibaan Juri |
: | Taklimat ringkas Pertandingan Korporat Harmoni 2011 | |
9.30 pagi | : | Sesi Pemarkahan / Penjurian |
: | Aras B1 - Bahagian Kewangan | |
: | Aras A2 - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia | |
: | Aras B2 - Bahagian Kewangan | |
: | Aras A3 - Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT | |
: | Aras B3 - Bahagian Perancangan Strategik | |
: | Aras A4 - Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT | |
: | Aras A6 & A7 - Bahagian Pengurusan Infrastruktur ICT | |
: | Aras A8 - Bahagian Pentadbiran | |
: | Aras 2 & 4 Bangunan Annexe – Bahagian Perhubungan Awam | |
11.15 pagi | : | Sesi pengiraan markah bagi pemenang Kategori Berpasukan |
: | Sesi pemilihan bagi pemenang Kategori Individu | |
11.45 pagi | : | Penyampaian Cenderahati kepada Juri |
12.00 t/hari | : | Bersurai |
Sudahkah anda bersedia??
Korporat Harmoni, PPj Sejahtera...
Thursday, 14 April 2011
Kuiz bagi bulan April 2011 bermula......
Soalan Pertama :
Siapakah Pengarah Jabatan Perkhidmatan Korporat yang pertama, sila berikan nama penuh beliau?
Wednesday, 13 April 2011
Kuiz Blog Korporat Harmoni 2011
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak urusetia menawarkan *9 hadiah yang eksklusif untuk rebutan warga korporat.Untuk memenangi hadiah tersebut, anda hanya perlu menjawab soalan kuiz yang dipaparkan di dalam blog ini dari semasa ke semasa. Pemenang akan dipilih berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:
1) Kuiz ini terbuka untuk Warga Korporat Perbadanan Putrajaya sahaja..
2) Jawapan tepat yang terpantas diterima di dalam ruangan komen blog ini akan dikira sebagai pemenang..
3) Jawapan hendaklah disertakan dengan email rasmi peserta (contoh : xxxxx@ppj.gov.my).
4) Keputusan pemenang yang diumumkan adalah muktamad.
*9 hadiah yang bakal diberikan terhad kepada 1 hadiah pada setiap bulan bermula April sehingga Disember 2011.
Tuesday, 12 April 2011
Terima Kasih Y.Bhg. Datuk P(K) .....
Assalammualaikum...
Sukacita dimaklumkan bahawa Penaung Kelab Korporat iaitu Y.Bhg. Datuk P(K) telah bermurah hati memberi sumbangan berbentuk Piala Pusingan bagi Kategori Berpasukan untuk pertandingan ini. Pihak Urusetia mendoakan agar Y. Bhg. Datuk sekeluarga dimurahkan rezeki yang halal, berbahagia serta dirahmati Allah selalu.
Amin..
Friday, 1 April 2011
.... Sudah Tiba Masanya
Salam Sejahtera Warga Korporat,
Sepertimana yang kita sedia maklum, kita telah pun sampai di Bulan April 2011. Oleh itu bersedialah semua ahli untuk menerima kunjungan dari Juri Professional untuk penilaian bagi menentukan juara pada bulan ini pada bila-bila masa.
~ Korporat Harmoni PPj Sejahtera ~
Semoga berjaya!
Thursday, 24 March 2011
Selamat Datang Ke Blog Korporat Harmoni 2011
Blog ini bertujuan sebagai media penyampai maklumat tentang segala aktiviti yang melibatkan Pertandingan Korporat Harmoni sepanjang tahun 2011. Semua warga Korporat adalah dipelawa untuk memberi sebarang komen atau apa-apa cadangan yang membina kepada pihak Urusetia melalui blog ini. Adalah diharap supaya pertandingan ini akan mengukuhkan ukhwah sesama ahli dan juga dapat memberi manfaat kepada semua warga Kelab Korporat. Semoga kita semua dirahmati Allah.
Daripada kami,
Urusetia Pertandingan Korporat Harmoni 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)



